Memaparkan catatan dengan label bolasepak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bolasepak. Papar semua catatan

Jumaat, Februari 17, 2012

Bola Sepaknya Habis Binasa

"Saya tidak faham mengapa kita perlu membahagikan keupayaan kita. Kita sepatutnya mengembeleng semua kekuatan terhadap satu pasukan sahaja, dengan hanya satu pasukan negeri sahaja yang bertanding"
- Tunku Mahkota Johor sejurus selepas dipilih sebagai Presiden Johor FA

Sebenarnya aku pun tak faham. Negara lain dalam dunia ini bermati-matian tubuhkan kelab bola sepak sebanyak mungkin supaya lebih banyak peluang untuk rakyat bermain bola secara kerap hingga dapat ke Piala Dunia, tetapi di Malaysia ada satu negeri nak bubarkan pasukan kelab macam Johor FC, MP Muar FC dan MBJB FC supaya hanya Johor FA dapat bermain dalam liga kebangsaan.

Juga aku tak faham, hanya Malaysia ini satu-satunya negara dalam dunia yang pasukan negeri bermain dalam liga. England dah beratus tahun main guna kelab, semua negara Eropah pun sama. Di Amerika Selatan pun mereka main ikut kelab. Orang Amerika Syarikat yang gila American football pun dah buat kelab bola sepak untuk main 'soccer'. Jepun sekitar 20 tahun dulu mulakan liga mengikut kelab bola sepak dan sekarang setiap 4 tahun main Piala Dunia. Indonesia, Singapura dan Thailand yang merupakan jiran sebelah rumah kita pun main liga guna kelab bola sepak.

Lagi aku tak faham, di Malaysia ini kita masih percaya kena ada satu pasukan bola setiap negeri supaya stadium penuh. Kita masih percaya dengan ada 13 pasukan negeri dan satu pasukan wilayah persekutuan bola sepak kita akan maju. Kita masih percaya rakyat setiap negeri mesti sokong pasukan negeri dan biarkan pasukan kelab lingkup. Kita masih percaya kalau nak buat juga kelab bola sepak mesti guna nama yang bangang nak mampus macam Felda United atau T-Team. Kita masih percaya pasukan negeri mesti kekal tapi pada masa sama berharap akan ada orang baik hati keluar duit untuk tubuhkan kelab bola sepak.

Paling aku tak faham, ada juga rakyat Malaysia yang menyokong idea macam Presiden Johor FA. Ada juga rakyat Malaysia yang mahu hanya pasukan negeri dibiarkan bertanding dalam liga bola sepak. Dan pada masa yang sama, semenjak berita hal ini keluar semalam, kuasa-kuasa ultra di Malaysia masih lagi sibuk berniaga mafla dan flare di Facebook serta Twitter dengan tak ada seekor pun nak bersuara hal yang akan menggelapkan masa depan bola sepak Malaysia ini. Ultra kepala bana dia!

**********

Bola sepak ini asalnya sukan rakyat kebanyakan, sukan kaum buruh, sukan golongan proletariat. Ia masih kekal sukan untuk semua orang hingga ke hari ini. Untuk rakyat kebanyakan macam kita yang tak mampu beli kuda untuk bermain polo atau beli kapal layar untuk lumba layar, bola sepak inilah sukan yang paling mudah buat kita. Sepasang but bola, sebiji bola, sebuah padang dan bersama kawan-kawan yang kita suka dah boleh main tendang terajang apa semua.

Adakah kegilaan kita kepada bola sepak ini mesti ditentukan atau ditetapkan oleh seseorang?

Adakah bila keluar titah hanya satu pasukan dalam satu negeri, ini bermakna akan berkubur segala usaha untuk menubuhkan kelab bola sepak?

Aku ada rancangan untuk menubuhkan sebuah kelab bola sepak, mungkin di Perak atau mungkin di Selangor. Kalau di Perak aku mahu namakan ia Ipoh City Football Club (ICFC), kalau di Selangor mungkin di Sepang dengan usaha sama Tony Fernandes dan kami namakan ia Sepang Rangers. Bayangkan jika kelab bola sepak ini berjaya dan tiba-tiba keluar titah mengatakan hanya perlu ada satu pasukan di negeri Perak atau Selangor. Dan titah ini pula keluar setelah pasukan Perak FA atau Selangor FA itu bermain bangang serta hanya mampu menarik 30 orang penonton ke stadium?

Inilah sebabnya bola sepak Malaysia tidak pernah maju dan kita tidak akan pernah ke Piala Dunia. Kerana bola sepak kita dipasung oleh FA negeri yang dipimpin ahli politik atau orang istana yang bertindak mengikut keinginan mereka sendiri. Jangan salahkan orang kaya seperti Tony Fernandes atau syarikat gergasi macam Genting jika mereka memilih untuk memartabatkan bola sepak Inggeris. Lihat nasib yang menimpa Johor FC, susah payah tubuhkan kelab dan kini diberi titah hanya boleh ada satu pasukan saja untuk negeri Johor.

**********

Nampaknya bola sepak Malaysia memang tidak dapat diselamatkan lagi. Kita akan hanya berpuas hati dengan 13 pasukan negeri dan 1 pasukan wilayah persektuan serta kelab-kelab bola yang bangang serta hidup segan mati tunggu masa je.

Melainkan FAM dirombak, pasukan negeri sedia ada dibubarkan, liga kebangsaan direvolusikan serta kelab-kelab bola sepak yang sebenar diwujudkan; bola sepak kita akn terus ke laut dengan masa depan yang gelap.

Dengan ini aku menarik sokongan terhadap mana-mana pasukan negeri termasuklah Perak FA serta memulakan kempen menghentam liga bola sepak kebangsaan serta semua pasukan negeri.

Sekian, majulah bola sepak untuk semua negara kecuali Malaysia.

Khamis, Disember 08, 2011

Hati Borhan

***
Borhan seorang peminat sukan bola sepak nombor satu. Dia dah layan bola ni sejak zaman Liga Semi-Pro. Handal tak handal Borhan ni, semua pemain bola sepak Liga Semi-Pro dia kenal nama. Semua negeri. Termasuklah pasukan Polis dan Tentera yang masa tu memang sayur habis. Kalau lawan Pahang, semua jadi budak pengakap.

Zaman tu dia memang kuat pergi stadium. Kalau Pahang main di tempat sendiri, Borhan mesti tengok walaupun ada siaran langsung dalam TV. Member-member semua pergi stadium, apa barang tengok kat rumah? Makcik makcik je tengok kat rumah sambil lipat kain. Itu pun ada anak yang tak reti bahasa, orang nak tengok bola dia boleh alih siaran nak tengok Opah.

Bila masuk era Liga M, dia dah kurang dan dah tak berapa. Zainal Abidin Hassan pun dah main bek. Dunhill dah berenti supply duit rokok. Main dah banyak melompat. Khairul Azman merajuk pindah Sabah. Ada satu dua tahun tu pula tak ada pemain import. Astro pun dah sampai bawa siaran langsung bola orang putih. Dulu cuma dapat tengok siaran highlight, tak pun Road to Wembley. Sekarang semua jenis bola dapat tengok.

Masuk era Liga Super, Borhan ingat dah berubah. Ingat main tak melompat sangat. Dia pun merempit pergi Stadium Bukit Jalil tengok perlawanan pembukaan Liga Super, Pahang lawan Perak. Main macam beruk. Terlompat lompat. Orang ni tanduk, orang ni balas tanduk. Orang ni sepak jauh jauh, orang ni pun lagi jauh sepaknya. Bila tengok dia dah jadi berdosa. Sebab membazir. Sebab memaki-hamun dan mencarut.

Sejak itu Borhan dah tak percaya dengan bola Malaysia ni. Apa jenis bola Malaysia pun dah tak boleh pakai katanya. Main bola dah tak gaya main bola. Pergi stadium pun tak payahlah katanya.

Sekarang Borhan tengok bola di TV. Bayar pun bayar la. Kali ni tengok Real Madrid main, pehhh! Berbisa. Tengok Arsenal main, pehhh! Dia punya kontrol. Tengok Espanyol main pun... peh juga. Cuma ada sekali tu tertengok Pahang lawan Perlis, pehhh!!! Macam haram.

***

Baru baru ini Malaysia dapat main Piala Asia. Itu pun nasib nasib kes jadi tuan rumah punya pasal. Kalau tidak jangan harap la. Borhan intai intai juga skuad Malaysia ni. Ya lah serba serbi baru sekarang. Jersi dah baru dah cantik. Nama pun dah Harimau Malaya. Borhan tertanya-tanya. Adakah Malaysia kali ini benar-benar berdaya saing untuk kempen Piala Asia. Ya lah Piala Asia ni bukan runcit runcit punya piala. Mesti diorang berlatih sungguh-sungguh. Mana tau kot kot Juara. Boleh juga tengok Malaysia main Confederation Cup dekat dekat nak World Cup nanti. Fuh! Lawan Brazil, lawan juara juara benua lain.

Perlawanan pertama, Malaysia lawan China. Borhan tak pergi stadium. Tengok kat rumah dulu. Borhan bajet Malaysia boleh seri. Sekali tengok... peh! Anak dia yang darjah 1 tu tak pasal pasal kena pelempang. Kes suruh cari sepit kuku tak jumpa je sebenarnya. Marah betul Borhan. Entah apa apa main. Budak rambut panjang yang jaga gol tu keeper bola ke kerja pejabat pos?

Tapi Borhan simpan juga harapan. Boleh lagi ni, boleh lagi. Ada can lagi. Perlawanan kedua, Malaysia lawan Uzbekistan. Borhan teringat star star lama Uzbek. Abduraimov Azamat sama Igor Shkvyrin tu dulu main Pahang terer terer macam tu je. Benda sangat la Uzbekistan ni. Boleh ni buat kejutan, boleh ni.

Tengok tengok, awal awal lagi dah kena sebijik.

"Bodoh betul keeper..." kata Borhan dalam hati.

"Boleh lagi ni, boleh lagi kejar..." kata pula hati Borhan yang paling dalam sekali.

Peh kesudahannya kena lagi. Lagi teruk, 5-0! Semua pemain Malaysia kena maki dengan Borhan. Tapi pemain Malaysia dalam TV tu buat muka rilek je. Ada yang siap kunyah singam.

"Yang makan singam tu kalau lalu sebelah aku tak payah tanya apahal la kalau kena paip kepala!" Kata hati muda Borhan.

Malaysia dah takde can. Pergi mati la team bola Malaysia. Borhan betul punya marah dan meluat. Bila sampai hari perlawanan ketiga Malaysia lawan Iran, Borhan buat tak tau je. Dia duduk depan kompiter je main Solitaire.

Sedang Borhan ralit layan Solitaire, sekali ada bunyi sorak kuat sikit dari kaca TV. Shukor Adan melakukan satu try bahaya! Dan dari meja komputer, Borhan intai juga. Intai ikut celah-celah bunga dalam pasu atas rak telefon.

"Peh... sikit je lagi," kata Borhan dalam hati yang agak dalam sambil terjenguk jenguk ke TV.

Borhan, Borhan... Hati kau terlalu lembut dengan team bola Malaysia.



(Arkib Julai 2007)

Isnin, November 28, 2011

CERITA MALAYSIA KEMPUNAN OLIMPIK





Ong Kim Swee kata, "saya tak tahu nak cakap apa".

Tak apa, aku tahu nak cakap apa.

Hal Malaysia kalah kepada Bahrain bukanlah luar biasa. Memang adat pasukan ranking ke-27 Asia kena tapau dengan pasukan ranking ke-13 Asia. 

Yang luar biasa sikit bila Malaysia di depan dengan 2 gol, Bahrain sedang bermain 10 orang dan masa hanya tinggal lagi 10 minit.

Tapi bagi siapa yang arif bagaimana bola sepak Malaysia sentiasa memainkan perasaan kita semua pasti tahu itu pun boleh dikira sebagai tidak luar biasa langsung. Siapa yang tak faham boleh baca buku Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia untuk bagi faham.

Di sini aku tak perlu cerita pasal kebangangan Malaysia dalam tempoh 10 minit terakhir malam tadi. Tapi aku akan cerita tentang reaksi orang ramai selepas kekalahan yang sebenarnya tidaklah luar biasa.

Aku yakin, kalau arwah Abah aku masih hidup dia juga akan berambus awal dari stadium atau tutup TV malam tadi. Dan Abah aku melayan bola Malaysia ini sejak zaman Isa Bakar membawa ke era Zainal Abidin Hassan. Kalau ada budak-budak Ultra nak cakap kat Abah aku yang dia tak patriotik dan tak Harimau Malaya, aku yakin Abah aku akan salib budak Ultra tadi di puncak tiang lampu limpah Stadium Perak.

Ultra. Kepala bana apa Ultra ini?

Menatang Ultra ini muncul sejak beberapa tahun kebelakangan ini hampir selari dengan apa yang dikatakan kebangkitan semula bola sepak Malaysia. Bermula dari kecil-kecilan ianya kini berkembang luas dengan ahli yang boleh tahan ramai sama seperti mana-mana pergerakan MLM. Dan seperti lazimnya pergerakan MLM, ahli Ultra ini kerap berpakaian hampir seragam dan berhimpun di stadium seperti ahli MLM suka berhimpun di ballroom hotel bukan 5 bintang. Kalau tidak berhimpun di stadium, ahli Ultra mengikut tradisi ahli MLM dengan cuba bermesyuarat di kedai-kedai mamak. Bezanya di sini ahli MLM suka membawa fail serta borang keahlian ke kedai mamak sementara ahli Ultra pula lebih suka membawa mafla dan flare.

Adakah aku ada mempunyai rasa tidak puas hati kepada Ultra ini?

Tidak.

Bagi aku budaya Ultra ini walaupun agak asing pada mulanya tapi boleh kita terima sebagai satu elemen pemodenan bola sepak Malaysia. Rata-rata yang terikut dengan Ultra ini juga pada pemerhatian kasar aku adalah anak-anak muda. Awalnya kurang diterima di stadium kerana perangai tidak reti duduk diam mereka, perlahan-lahan kehadiran Ultra kini diterima oleh kelompok pengunjung stadium lain yang lebih suka duduk diam tetapi bising ketika (I) Malaysia menjaringkan gol, (II) pemain Malaysia dikasari dan (III) pemain Malaysia berperangai kepala bana.

Tapi malam tadi, bila Malaysia bermain bangang pada 10 minit terakhir hingga kalah dan ramai yang berambus awal dari stadium serta ramai pula yang sudah mula memaki hamun di laman sosial seperti Facebook atau Twitter, ada pula kelompok ahli Ultra yang tidak berpuas hati. Tidak berpuas hati kerana penyokong tradisional ini kurang patriotik dan hanya tahu bersorak ketika menang tapi memaki hamun bila Malaysia kalah.

Dan bagi aku ini adalah sangat bangang sebenarnya. Kaedah memberi sokongan adalah tertakluk kepada pilihan masing-masing. Kalau ahli Ultra masih mahu membutakan mata dan terus bertepuk sorak ketika Malaysia kalah itu hak Ultra. Dan kalau orang lain, 'the silent majority' aku katakan, mahu mengkepala banakan para pemain serta mengutuk buruk permainan Malaysia itu juga hak mereka.

Di Sokernet, polisi kami terang lagi bersuluh. Tidak ada berlapik-lapik dalam hal bola sepak Malaysia. Kalau menang agak sukar untuk kami puji, kalau kalah bersiaplah menerima habuannya.

Tak salah nak Ultra bagai, tapi janganlah fikir diri sendiri lagi patriotik sebab berdiri lebih 90 minit permainan berbanding penyokong lain yang berambus keluar stadium sebaik Bahrain menjaringkan gol ketiga.

Tentang cerita Malaysia kempunan ke Olimpik; Ah! Malas dah aku nak cerita. Baca sajalah buku Cerita Malaysia Tsidak Ke Piala Dunia yang penat aku tulis tu, dekat situ nanti dah boleh faham. Dan aku harap juga budak-budak Ultra boleh baca buku ni supaya terbuka sikit ilmu bola sepak itu jangan sekadar tahu menyanyi di stadium. Barulah nanti boleh faham hati sanubari penyokong bola lain yang jauh di sudut hati memang sayangkan Harimau Malaya (atau Harimau Muda) tapi tidak teragak-agak untuk memberi kutukan yang setimpal di atas permainan bangang yang ditunjukkan.

Akhir kata, aku akhiri dengan ungkapan terbaik oleh Ong Kim Swee di suratkhabar hari ini.

"Bagi saya pemain sudah memberikan yang terbaik dan saya mahu mereka melupakan bola sepak seketika."

Sikap mudah berpuas hati dan mudah lupa ini yang Tun Dr Mahathir tak berapa berkenan sebenarnya.


Sabtu, Oktober 29, 2011

Kenapa Johor FC Tersingkir Awal Piala Malaysia 2011? Oleh Khuzrin Kamarudin

JOHOR FC. Sebuah kelab maha hebat dari selatan tanah air. Dari tiga tahun lepas, Johor FC menamatkan liga dengan berada di kelompok empat teratas dan tak pernah jatuh dari kelompok itu sampai tahun ni. Begitu juga untuk saingan Piala Malaysia. 
Dari tiga tahun lepas, Johor FC sudah dua kali mara ke peringkat separuh akhir. Cuma tahun ini mereka tersingkir awal. Pernah melayakkan diri untuk bermain di Piala AFC menggantikan Selangor yang tarik diri. Oleh kerana kehebatan pasukan berstatus kelab inilah, sudah dua kali Johor FC dikurniakan Kelab Terbaik oleh Anugerah Kebangsaan 100Plus-FAM.
Johor FC tetap pilihan aku walaupun perlawanan bola sepak pertama yang aku tonton ialah final Piala FA 1998 antara Sabah dan Johor FA. Bukan Glory Hunter MenYu vs Sejarahwan Liverpool.
Pada dasarnya, aku selaku pemilik 'tatu' Lebah dalam hati sejak mula kenal apa itu sistem bola sepak, mengandaikan bahawa kejatuhan mendadak Johor FC ini adalah disebabkan kepincangan pihak pengurus. Ok. 
Ini cuma andaian aku sahaja. Umum mengetahui, tahun lepas, Johor FC hampir dibaham Abang Jais Sarday, kononnya mahu digabungkan dengan skuad negeri, Johor FA. Dengan alasan untuk memartabatkan maruah bola sepak Johor.

Namun dek ideologi sama yang pernah digunapakai sebelum ini ke atas "Allahyarham" Pasir Gudang United, menemui papan tanda "Gagal", penyokong-penyokong Johor FC telah sebulat suara membuat bantahan keras ke atas idea mengarut ini. Natijahnya mereka mengalah dan tidak meneruskan idea penggabungan dua skuad menjadi satu.

Arakian, mereka tidak mengalah sepenuhnya. Mereka telah membuat satu lagi keputusan muktamad, dengan menjadikan design jersi antara Johor FC dan Johor FA menjadi sama. Lambang Johor FC dikecilkan sementara bendera Johor disematkan di dada kiri jersi. 
Warna oren? Tidak. Mereka telah menggantikan warna oren dengan warna biru-merah sebagai jersi tuan rumah. Jersi pelawat warna hijau sementara warna oren turun takhta ke jersi ketiga. Gejala 'Skuad Oren' mahu dihapuskan? Mungkin.

Logo Johor FC ada di belang warna merah, ada di belang warna biru. Logo penaja 'tenggelam' kerana warna sama dengan belang-belang. JKing? Layaknya di stokin. Jersi keeper lain macam. Kesimpulannya, langsung tak smart dan layaknya cuma untuk dipakai di Liga Kampung Muhibbah anjuran UMNO Semberong.

Natijahnya, Abang Eddy Helmi Manan, Rezal Zambery Yahya, Ridhuan Ma'on dan yang lain-lain terpaksa menebalkan muka menyarung jersi "Barcelona", berjuang dengan semangat yang kucar-kacir seserabut jersi mereka. Namun, penyokong-penyokong yang tampil ke stadium tetap memakai jersi oren. 
Ya, penyokong Johor FC adalah sedikit kuantitinya kalau nak dibandingkan dengan Kelantan, Selangor ataupun Perak. Tapi yang penting kesetiaan, semangat Lebah, jiwa dan seangkatan dengannya. Bukannya sokong bila dah menang. Bila dah up, semua mengaku sokong, bila jatuh, lagi rela tonton Tahajjud Cinta.

Tetapi, selepas beberapa ketika, Johor FC didapati lebih banyak beraksi dengan jersi hijau dan jersi oren walaupun bermain di laman sendiri. Jersi tuan rumah ala "Barcelona"? Pergi mati.

Pertukaran jurulatih pun sedikit meragukan aku. Ramlan Rashid lagi mempunyai gaya permainan yang menarik, cun, dan kejayaan beliau bukan sedikit. Tapi, dia ditukarkan dengan 'The Professor Azuan Zain' kerana kejatuhan mendadak di persaingan liga pusingan pertama dengan menduduki tangga ke-11. 
Tahap mana The Professornya, aku tengah cari ni. Azuan Zain, bekas jurulatih Johor FA.
Menyambut hari lahir sambil diraikan pemain Johor FC. Rokok di tangan membuktikan kejantanan ketika bergambar.
Walau begitu, dia telah menyelamatkan Johor FC dari tersingkir ke Liga Perdana. Liga yang dah tak meriah sejak Selangor naik ke Liga Super semula. Dulu masa Selangor di Liga Perdana, penuh surat khabar cerita Selangor, Bambang pergi pasar malam, Elie Aiboy makan durian. Agaknya kalau Selangor kat Liga FAM pun, Astro Arena ambik game diorang sebagai 'Super Sabtu'.
Ok. Maaf ke laut pulak. Berbalik ke isu asal. Aku rasa, macam ada pertukaran posisi, ataupun pertukaran sistem pengurusan di pihak atasan yang tidak diwar-warkan kepada umum. Seperti ada sesuatu yang berlaku antara Johor FA dan Johor FC membabitkan pihak kerajaan negeri Johor sekali.
Ni andaian aku sahaja. Aku tak tahu betul atau tidak. Kalau betul, betullah. Kalau salah, yang sebenarnya memang Johor FC tengah jatuh. Itu sahaja.
Sementara itu, di sisi tepi hati aku, ada berdetik, kemungkinan Johor FC sengaja singkir awal kerana tidak mahu melayan karenah mengarut yang dianjurkan FAM dalam Piala Malaysia edisi kali ini.
1) Format liga peringkat kumpulan sentiasa bertukar dari satu edisi ke edisi lain.
-Pernah semua pasukan negeri, PDRM dan ATM layak automatik, sementara status kelab terpaksa bersaing untuk dapatkan baki dua tempat dalam Piala Malaysia.
-Pernah sistem kumpulan dipecahkan kepada tiga, Juara dan Naib Juara setiap kumpulan layak automatik ke suku akhir, sementara untuk lagi dua tempat ditentukan dengan dua tempat ketiga yang terbaik dari tiga kumpulan.
2) Waktu perlawanan yang pelik. Hari Isnin dan Jumaat? Sungguh tak masuk akal.
3) Harga tiket untuk pusingan kalah mati dinaikkan. Mahu menjadikan bola sepak sebagai perniagaan bukan begini caranya bradah! Ikut Eropah sana baru betul.
4) Sultan Ahmad Shah atau lebih selesa dengan gelaran Sultan Bola masih kekal menerajui tampuk kepimpinan FAM dan cemerlang mengemudi bola sepak Malaysia dengan jayanya sehingga dikagumi FA England.
Lagenda dan gagah. Persis si pemencak silat.

5) Tambah sendiri.

--Manis madunya, bisa sengatannya---


Nickname : Sipot
Blog : http://sipotsitukangtulis.blogspot.com/