Isnin, Mei 28, 2012

Update Blog

Aku update blog ni. 

Siap.

Ok.

Sekian.

Jumaat, Februari 17, 2012

Bola Sepaknya Habis Binasa

"Saya tidak faham mengapa kita perlu membahagikan keupayaan kita. Kita sepatutnya mengembeleng semua kekuatan terhadap satu pasukan sahaja, dengan hanya satu pasukan negeri sahaja yang bertanding"
- Tunku Mahkota Johor sejurus selepas dipilih sebagai Presiden Johor FA

Sebenarnya aku pun tak faham. Negara lain dalam dunia ini bermati-matian tubuhkan kelab bola sepak sebanyak mungkin supaya lebih banyak peluang untuk rakyat bermain bola secara kerap hingga dapat ke Piala Dunia, tetapi di Malaysia ada satu negeri nak bubarkan pasukan kelab macam Johor FC, MP Muar FC dan MBJB FC supaya hanya Johor FA dapat bermain dalam liga kebangsaan.

Juga aku tak faham, hanya Malaysia ini satu-satunya negara dalam dunia yang pasukan negeri bermain dalam liga. England dah beratus tahun main guna kelab, semua negara Eropah pun sama. Di Amerika Selatan pun mereka main ikut kelab. Orang Amerika Syarikat yang gila American football pun dah buat kelab bola sepak untuk main 'soccer'. Jepun sekitar 20 tahun dulu mulakan liga mengikut kelab bola sepak dan sekarang setiap 4 tahun main Piala Dunia. Indonesia, Singapura dan Thailand yang merupakan jiran sebelah rumah kita pun main liga guna kelab bola sepak.

Lagi aku tak faham, di Malaysia ini kita masih percaya kena ada satu pasukan bola setiap negeri supaya stadium penuh. Kita masih percaya dengan ada 13 pasukan negeri dan satu pasukan wilayah persekutuan bola sepak kita akan maju. Kita masih percaya rakyat setiap negeri mesti sokong pasukan negeri dan biarkan pasukan kelab lingkup. Kita masih percaya kalau nak buat juga kelab bola sepak mesti guna nama yang bangang nak mampus macam Felda United atau T-Team. Kita masih percaya pasukan negeri mesti kekal tapi pada masa sama berharap akan ada orang baik hati keluar duit untuk tubuhkan kelab bola sepak.

Paling aku tak faham, ada juga rakyat Malaysia yang menyokong idea macam Presiden Johor FA. Ada juga rakyat Malaysia yang mahu hanya pasukan negeri dibiarkan bertanding dalam liga bola sepak. Dan pada masa yang sama, semenjak berita hal ini keluar semalam, kuasa-kuasa ultra di Malaysia masih lagi sibuk berniaga mafla dan flare di Facebook serta Twitter dengan tak ada seekor pun nak bersuara hal yang akan menggelapkan masa depan bola sepak Malaysia ini. Ultra kepala bana dia!

**********

Bola sepak ini asalnya sukan rakyat kebanyakan, sukan kaum buruh, sukan golongan proletariat. Ia masih kekal sukan untuk semua orang hingga ke hari ini. Untuk rakyat kebanyakan macam kita yang tak mampu beli kuda untuk bermain polo atau beli kapal layar untuk lumba layar, bola sepak inilah sukan yang paling mudah buat kita. Sepasang but bola, sebiji bola, sebuah padang dan bersama kawan-kawan yang kita suka dah boleh main tendang terajang apa semua.

Adakah kegilaan kita kepada bola sepak ini mesti ditentukan atau ditetapkan oleh seseorang?

Adakah bila keluar titah hanya satu pasukan dalam satu negeri, ini bermakna akan berkubur segala usaha untuk menubuhkan kelab bola sepak?

Aku ada rancangan untuk menubuhkan sebuah kelab bola sepak, mungkin di Perak atau mungkin di Selangor. Kalau di Perak aku mahu namakan ia Ipoh City Football Club (ICFC), kalau di Selangor mungkin di Sepang dengan usaha sama Tony Fernandes dan kami namakan ia Sepang Rangers. Bayangkan jika kelab bola sepak ini berjaya dan tiba-tiba keluar titah mengatakan hanya perlu ada satu pasukan di negeri Perak atau Selangor. Dan titah ini pula keluar setelah pasukan Perak FA atau Selangor FA itu bermain bangang serta hanya mampu menarik 30 orang penonton ke stadium?

Inilah sebabnya bola sepak Malaysia tidak pernah maju dan kita tidak akan pernah ke Piala Dunia. Kerana bola sepak kita dipasung oleh FA negeri yang dipimpin ahli politik atau orang istana yang bertindak mengikut keinginan mereka sendiri. Jangan salahkan orang kaya seperti Tony Fernandes atau syarikat gergasi macam Genting jika mereka memilih untuk memartabatkan bola sepak Inggeris. Lihat nasib yang menimpa Johor FC, susah payah tubuhkan kelab dan kini diberi titah hanya boleh ada satu pasukan saja untuk negeri Johor.

**********

Nampaknya bola sepak Malaysia memang tidak dapat diselamatkan lagi. Kita akan hanya berpuas hati dengan 13 pasukan negeri dan 1 pasukan wilayah persektuan serta kelab-kelab bola yang bangang serta hidup segan mati tunggu masa je.

Melainkan FAM dirombak, pasukan negeri sedia ada dibubarkan, liga kebangsaan direvolusikan serta kelab-kelab bola sepak yang sebenar diwujudkan; bola sepak kita akn terus ke laut dengan masa depan yang gelap.

Dengan ini aku menarik sokongan terhadap mana-mana pasukan negeri termasuklah Perak FA serta memulakan kempen menghentam liga bola sepak kebangsaan serta semua pasukan negeri.

Sekian, majulah bola sepak untuk semua negara kecuali Malaysia.

Rabu, Januari 18, 2012

Baucer Buku 1Malaysia


 Apa kata mereka :
"kan kan?sebab tu student refuse beli buku ref utk stdy. tp gune utk bnde lain ade jgk la studnt beli bku2 motivasi etc etc ok la kn. novel pon ok.tp yg tukar dengan duitlah apelahh.itu na slhkn siapa?" - Hani, Pelajar UITM.

"Ramai budak tak menghargai baucer buku, ditukarnya dengan wang tunai dengan nilai lebih rendah. Perangai serupa taik. Jijik" - Aisa Linglung http://bit.ly/zeODNB

"Pakai 3 keping BAUCER BUKU 1MALAYSIA dan awak boleh dapat semua 8 buku terbitan Lejen Press. Alhamdulillah!" Lejen Press