"Saya tidak faham mengapa kita perlu
membahagikan keupayaan kita. Kita sepatutnya mengembeleng semua kekuatan
terhadap satu pasukan sahaja, dengan hanya satu pasukan negeri sahaja yang
bertanding"
- Tunku Mahkota Johor sejurus selepas dipilih
sebagai Presiden Johor FA
Sebenarnya aku pun tak faham. Negara lain dalam dunia ini
bermati-matian tubuhkan kelab bola sepak sebanyak mungkin supaya lebih banyak
peluang untuk rakyat bermain bola secara kerap hingga dapat ke Piala Dunia,
tetapi di Malaysia ada satu negeri nak bubarkan pasukan kelab macam Johor FC,
MP Muar FC dan MBJB FC supaya hanya Johor FA dapat bermain dalam liga
kebangsaan.
Juga aku tak faham, hanya Malaysia ini satu-satunya negara dalam
dunia yang pasukan negeri bermain dalam liga. England dah beratus tahun main
guna kelab, semua negara Eropah pun sama. Di Amerika Selatan pun mereka main
ikut kelab. Orang Amerika Syarikat yang gila American football pun dah buat
kelab bola sepak untuk main 'soccer'. Jepun sekitar 20 tahun dulu mulakan liga
mengikut kelab bola sepak dan sekarang setiap 4 tahun main Piala Dunia.
Indonesia, Singapura dan Thailand yang merupakan jiran sebelah rumah kita pun
main liga guna kelab bola sepak.
Lagi aku tak faham, di Malaysia ini kita masih percaya kena ada
satu pasukan bola setiap negeri supaya stadium penuh. Kita masih percaya dengan
ada 13 pasukan negeri dan satu pasukan wilayah persekutuan bola sepak kita akan
maju. Kita masih percaya rakyat setiap negeri mesti sokong pasukan negeri dan
biarkan pasukan kelab lingkup. Kita masih percaya kalau nak buat juga kelab
bola sepak mesti guna nama yang bangang nak mampus macam Felda United atau
T-Team. Kita masih percaya pasukan negeri mesti kekal tapi pada masa sama
berharap akan ada orang baik hati keluar duit untuk tubuhkan kelab bola sepak.
Paling aku tak faham, ada juga rakyat Malaysia yang menyokong
idea macam Presiden Johor FA. Ada juga rakyat Malaysia yang mahu hanya pasukan
negeri dibiarkan bertanding dalam liga bola sepak. Dan pada masa yang sama,
semenjak berita hal ini keluar semalam, kuasa-kuasa ultra di Malaysia masih
lagi sibuk berniaga mafla dan flare di Facebook serta Twitter dengan tak ada
seekor pun nak bersuara hal yang akan menggelapkan masa depan bola sepak
Malaysia ini. Ultra kepala bana dia!
**********
Bola sepak ini asalnya sukan rakyat kebanyakan, sukan kaum
buruh, sukan golongan proletariat. Ia masih kekal sukan untuk semua orang
hingga ke hari ini. Untuk rakyat kebanyakan macam kita yang tak mampu beli kuda
untuk bermain polo atau beli kapal layar untuk lumba layar, bola sepak inilah
sukan yang paling mudah buat kita. Sepasang but bola, sebiji bola, sebuah
padang dan bersama kawan-kawan yang kita suka dah boleh main tendang terajang
apa semua.
Adakah kegilaan kita kepada bola sepak ini mesti ditentukan atau
ditetapkan oleh seseorang?
Adakah bila keluar titah hanya satu pasukan dalam satu negeri,
ini bermakna akan berkubur segala usaha untuk menubuhkan kelab bola sepak?
Aku ada rancangan untuk menubuhkan sebuah kelab bola sepak,
mungkin di Perak atau mungkin di Selangor. Kalau di Perak aku mahu namakan ia
Ipoh City Football Club (ICFC), kalau di Selangor mungkin di Sepang dengan
usaha sama Tony Fernandes dan kami namakan ia Sepang Rangers. Bayangkan jika
kelab bola sepak ini berjaya dan tiba-tiba keluar titah mengatakan hanya perlu
ada satu pasukan di negeri Perak atau Selangor. Dan titah ini pula keluar
setelah pasukan Perak FA atau Selangor FA itu bermain bangang serta hanya mampu
menarik 30 orang penonton ke stadium?
Inilah sebabnya bola sepak Malaysia tidak pernah maju dan kita
tidak akan pernah ke Piala Dunia. Kerana bola sepak kita dipasung oleh FA
negeri yang dipimpin ahli politik atau orang istana yang bertindak mengikut
keinginan mereka sendiri. Jangan salahkan orang kaya seperti Tony Fernandes
atau syarikat gergasi macam Genting jika mereka memilih untuk memartabatkan
bola sepak Inggeris. Lihat nasib yang menimpa Johor FC, susah payah tubuhkan
kelab dan kini diberi titah hanya boleh ada satu pasukan saja untuk negeri
Johor.
**********
Nampaknya bola sepak Malaysia memang tidak dapat diselamatkan
lagi. Kita akan hanya berpuas hati dengan 13 pasukan negeri dan 1 pasukan
wilayah persektuan serta kelab-kelab bola yang bangang serta hidup segan mati
tunggu masa je.
Melainkan FAM dirombak, pasukan negeri sedia ada dibubarkan,
liga kebangsaan direvolusikan serta kelab-kelab bola sepak yang sebenar
diwujudkan; bola sepak kita akn terus ke laut dengan masa depan yang gelap.
Dengan ini aku menarik sokongan terhadap mana-mana pasukan
negeri termasuklah Perak FA serta memulakan kempen menghentam liga bola sepak
kebangsaan serta semua pasukan negeri.
Sekian, majulah bola sepak untuk semua negara kecuali Malaysia.
- Lucius Maximus [http://sokernet.blogspot.com/2012/02/blog-post.html]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan